** Ketua Negeri dipohon untuk mengadakan mesyuarat di peringkat negeri dan membincangkan perkara-perkara berikut:
1. Pelantikan Jawatankuasa PROCC Negeri
- Ketua Negeri
- Penolong Ketua Negeri
- Setiausaha
- Bendahari
- AJK Kebajikan
- AJK Program dan Majlis
- AJK Sukan
- AJK Marshall
2. Memastikan semua ahli Rasmi membayar yuran tahunan 2012 sebanyak RM10.00 sebelum mereka menyertai mesyuarat dan mengemukakan sebarang usul. Bayaran hendaklah diserahkan kepada Bendahari PROCC sebelum mesyuarat Agung Tahunan.
3. Semua Ketua Negeri akan diperuntukkan sebanyak RM100.00 untuk tujuan mengadakan mesyuarat peringkat negeri. Ketua Negeri dipohon untuk menghubungi Tuan Presiden, saudara Mohd Hifni berhubung perkara ini.
4. Usul hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan dan dikembalikan melalui emel kepada Penolong Setiausaha selewat-lewatnya pada 21/2/2012 bagi tujuan penyelarasan.
5. Setiap negeri diminta untuk menghantar wakil sekurang-kurangnya 5 orang bagi menghadiri mesyuarat Agung Tahunan pada 3/3/2012 kelak.
** Semua ahli Rasmi PROCC dijemput hadir. Pastikan anda telah menjelaskan yuran tahun 2012 bagi melayakkan anda masuk ke dewan mesyuarat.









