ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Tuesday, December 20, 2011

PERTANDINGAN BOWLING PROTON CLUB MALAYSIA 2011




Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,
Untuk pengetahuan semua, Proton Club Malaysia akan mengadakan satu pertandingan bowling sebagai penutup segala acara 2011. Kami menjemput semua ahli untuk menyertai pertandingan bowling ini bukan sahaja untuk bersukan, malah untuk beriadah, dan mengeratkan silaturahim.

Pertandingan akan diadakan pada;


Tarikh: 31 Disember 2011

Hari: Sabtu
Masa: 10.00pagi hingga 5.30ptg
Tempat: Cosmic Bowl, Midvalley City, Megamall (confirm)

Kategori Tertutup ProCC (10.00pagi - 1.00ptg) - untuk ahli ProCC sahaja

(sekurang-kurangnya wajib 2 orang ahli ProCC dalam 1 team)
Yuran penyertaan: RM120 (Satu Team - 3 orang)
anggaran penyertaan 38 team

Hadiah:

Tempat pertama: Wang tunai RM500, hamper, Tropy & sijil
Tempat kedua: wang tunai RM300, hamper, Tropy & sijil
Tempat ketiga: wang tunai RM200, hamper, Tropy & sijil
Tempat ke-4 - ke-10: tropy & hamper
highest man: Tropy & sijil
highest female: Tropy & sijil
juara longkang: tropy
Terdapat hadiah cabutan bertuah kepada peserta
kami galakkan agar procc setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya 1 team wakil.

Kategori Terbuka ProCC (1.30ptg - 5.30ptg) - Terbuka kepada semua kelab kereta

Yuran penyertaan: RM150 (Satu Team - 3 orang)
anggaran penyertaan 30 team

Hadiah:

Tempat pertama: Wang tunai RM700, hamper, Tropy & sijil
Tempat kedua: wang tunai RM500, hamper, Tropy & sijil
Tempat ketiga: wang tunai RM400, hamper, Tropy & sijil
Tempat ke-4 - ke-10: tropy & hamper
highest man: Tropy & sijil
highest female: Tropy & sijil
juara longkang: tropy

**hadiah wang tunai bergantung kepada jumlah penyertaan.
**jika kurang penyertaan daripada ahli ProCC, kita akan buat 1 kategori sahaja (gabungkan terbuka dan tertutup)
**sila daftar penyertaan team anda sebelum 28 Disember 2011


Sebarang pertanyaan dan penyertaan kelab-kelab kereta bolehlah terus hubungi saya Mohd Hifni 012-9101058. penyertaan limited, hubungi segera untuk tempatkan kelab anda untuk menyertai pertandingan ini.


Download Borang penyertaan (kategori terbuka):
www.protonclub.com/borang-pertandingan-bowling-procc-2011.doc

sila daftarkan penyertaan anda disini jika anda adalah ahli ProCC:


Nama Kumpulan:

Nama pemain 1:
Nama pemain 2:
Nama pemain 3:
No. Telefon: