ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Wednesday, April 13, 2011

Saturday Drive & The ProCC Biggest TT Bersama Proton Club Indonesia 2011

Saturday Drive & The ProCC Biggest TT Bersama Proton Club Indonesia 2011


Kuala Lumpur - 9 April 2011, Proton Club Malaysia (ProCC) telah menerima baik kunjungan wakil dari Proton Club Indonesia (PCI) dimana lawatan PCI yang bermula sejak 8 April 2011 sehingga 10 April 2011 adalah ditaja oleh Proton Indonesia semperna F1 Litar Sepang yang berlangsung minggu lalu. Diatas kesempatan itu, PCI telah mengambil peluang tersebut untuk menghabiskan masanya sehari untuk bersama-sama rakan-rakan dari ProCC yang bertujuan untuk berkenal-kenalan, berkongsi-kongsi pengalaman disamping mengikuti konvoi saturday drive dan The ProCC Biggest TT yang dianjurkan oleh ProCC.

Bermula pada seawal jam 7.00pagi lagi rakan-rakan ProCC telah pun berkumpul di Petronas Tesco Ampang, kemudian, tepat jam 8.30pagi Konvoi ProCC telah di lepaskan oleh duta-duta Petronas. Konvoi meneruskan perjalanan ke Nomad Sucasa untuk mengambil rakan-rakan dari PCI yang menginap di hotel tersebut. Sesampai sahaja di hotel tersebut, kami disambut baik oleh rakan-rakan PCI yang telah menunggu kami disana. ProCC dan PCI sempat berkenal-kenalan dan bersama-sama mengambil gambar kenangan dihadapan hotel tersebut.

Tanpa melingahkan masa lagi, dengan kenderaan yang kami ada, kami telah mula berkonvoi meneruskan perjalanan kami ke detinasi pertama iaitu KLCC. Kami hanya membawa PCI untuk bergambar-gambar dihadapan bangunan KLCC dan kemudian konvoi meneruskan perjalanan ke Kilang Coklat Beryl di Pasar Rakyat. Wah, rakan-rakan dari PCI borong sakan coklat disana, sampai nak habis kedai coklat tersebut.

Setelah puas membeli coklat, kami meneruskan perjalanan untuk ke kedai R3 di Taman Melawati. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Naga Motorsport di Jalan Kapar, Klang. Naga Motorsport adalah milik saudara John yang pada asalnya beliau bekerja di Kakimotor. Kini beliau membuka sendiri perniagaannya di Klang. Kami disambut baik oleh John dan pekerja-pekerja Naga Motorsport.

Selama 1 Jam lebih kami berada di Naga Motorsport dan habis satu kedai barangannya di beli oleh rakan-rakan PCI. Naga Motorsport merupakan sebuah kedai aksesori kereta yang menjual barangan kereta berkuasa tinggi. Lampu-lampu kereta menarik seperti LED, Projector dan sebagainya turut dijual disana. Setelah penat membeli dan bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Restoran Bonda di Presint 15 Putrajaya untuk makan tengahari di sana. Makan tengahari telah ditaja oleh PCI. Terima kasih PCI.

Setelah selesai makan, kami sempat bergambar dengan tuan empunya kedai makan dimana beliau juga turut memberikan diskaun kepada kami. Setelah itu, kami sempat mengunjungi kedai aksesori UNIMAC kepunyaan En. Zul yang kini telah menjadi sebahagian dari keluarga ProCC. Tahniah kerana menjadi ahli ProCC. Beberapa ahli dari PCI sempat membeli barangan yang dijual di UNIMAC. Setelah itu, kami sempat bergambar dan kemudian meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Kami berhenti seketika di Masjid Terapung Uniten untuk solat Zuhor dan Asar kemudian meneruskan perjalanan. Sampai sahaja di bawah 'fly over' berhampiran Uniten, kami singgah sebentar untuk menjamu selera dengan Durian. Katanya rakan-rakan dari Indonesia kepingin bangat untuk rasa durian Malaysia. Jadi kami dari ProCC telah belanja PCI untuk makan durian disitu.

Setelah puas sehingga habis durian dikedai tersebut, kami meneruskan perjalanan sehingga ke Masjid Negara untuk berhenti seketika menunaikan solat Maghrib. PCI terpegun dengan masjid tersebut, katanya sungguh indah masjid ini. Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, kami meneruskan ekspidisi kami ke Dataran Merdeka. Disana rakan-rakan dari indonesia sempat mengambil gambar kenangan.

Setelah selesai ronda-ronda di Dataran Merdeka, tibalah acara terakhir kami iaitu The ProCC Biggest TT. Kami konvoi menuju ke lokasi TT dibelakang Istana Budaya iaitu di Restoran Sany. Setiba kami disana, kami disambut oleh ramai ahli-ahli ProCC yang sudah menunggu ketibaan kami. Meja disusun panjang dan PCI kami layan dengan mesra. Kemudian, kami adakan sessi ucapan dari kedua-dua pihak dimana En. Mohd Hifni selaku Presiden Proton Club Malaysia memberikan ucapan selamat dan terima kasih kepada wakil-wakil PCI kerana telah berjaya mengikuti satu hari acara bersama ProCC. Begitu juga Pak Sarnjono penasihat bagi Proton Club Indonesia telah menyampaikan ucapan beliau lantas kemudiannya ProCC dan PCI bertukar-tukar cenderahati dan sijil sebagai kenang-kenangan.

Setelah penyampaian cenderahati, turut juga ProCC menyampaikan hadiah kepada 3 kereta bertuah pilihan PCI. Hadiah ditaja oleh ProCC. Kemudian, acara diteruskan dengan makan malam yang juga ditaja oleh ProCC. Mr. Maran telah dianugerahkan sebagai Marshal terbaik oleh PCI dan diberi baju PCI sebagai penghargaan. Manakala En. Sani telah dipilih kereta Terbaik dan sebagai pengiring PCI terbaik sepanjang perjalanan dan dihadiahkan juga sepasang baju Rasmi PCI.

Tepat jam 11.30 malam, kami bergerak semula ke Nomad Sucasa untuk menghantar PCI pulang ke tempat penginapannya. Sesampai sahaja disana, kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan jika terdapat terkasar bahasa. Semoga usaha untuk membentu Proton Club Asean akan berjaya satu hari nanti. Kami menunggu Proton Club Malaysia, Proton Club Indonesia, Proton Club Singapore, Proton Club Thailand untuk bergabung dan menjadikan Malaysia sebagai tuan Rumah destinasi pertama konvoi Proton Club Asean bergabung dan menjelajah ke seluruh tanah air. Insyallah. Amin.

206429_202383663126970_100000660124012_634386_4982692_n206819_202385073126829_100000660124012_634406_6063130_n206990_202384656460204_100000660124012_634401_3678193_n207175_202387173126619_100000660124012_634432_4635291_n207271_202383853126951_100000660124012_634389_5021072_n207454_202386899793313_100000660124012_634425_1642996_n208042_202384116460258_100000660124012_634393_214673_n208183_202385846460085_100000660124012_634414_16474_n208239_202385636460106_100000660124012_634412_1333225_n208250_202383983126938_100000660124012_634391_3340304_n208526_202386553126681_100000660124012_634419_7989891_n208624_202387626459907_100000660124012_634439_6087318_n215983_202384539793549_100000660124012_634400_1685489_n216132_202385009793502_100000660124012_634405_5588787_n216412_202383456460324_100000660124012_634383_6598604_n216467_202387449793258_100000660124012_634437_6489197_n216693_202386796459990_100000660124012_634421_1688294_n217018_202382753127061_100000660124012_634376_455122_n

Last Updated ( Monday, 11 April 2011 17:36 )