ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Friday, April 8, 2011

Saturday Drive bersama proton club indonesia ( PCI )


Assalammualaikum & Salam 1Malaysia 1ProCC,
Untuk pengetahuan semua, Proton Club Malaysia telah menerima kunjungan dari Proton Club Indonesia (PCI) pada hari sabtu ini. Dikesempatan itu, ProCC akan mengadakan Saturday Drive untuk membawa rakan-rakan dari PCI untuk ronda-ronda sekitar ibu kota. Acara dan agendanya adalah seperti dibawah:

Hari: Sabtu
Tarikh: 9 April 2011
Masa: 7.00pagi - 11.30malam
Tempat Kumpul: Tesco Ampang
Pakaian: Baju Rasmi ProCC, (jika tiada T-shirt ProCC/baju putih)
Bayaran: Tiada / Sdn Bhd

7.00am – 7.45am : Berkumpul kat Petronas Tesco Ampoang (MRR 2)
7.45am – 8.00am : Berkonvoi ke NOMAD Sucasa - menjemput kawan kawan dari Indonesia
8.15am – 8.30am : Berkonvoi ke KLCC untuk sesi bergambar
9.00am – 10.00am : Melawat Kilang Coklat Beryl (Jalan Selatan)
10.30am – 11.30am : Melawat Kedai Spare Part R3, Melawati
12.30tgh – 1.30tgh : Les Copaque (Shah Alam)
1.30tgh – 3.00pm : Makan Tengah Hari dan Solat di Masjid Shah Alam
3.30pm -4.30pm : Melawat kedai Performance Parts (Naga Wheels, Klang)
5.00pm - 6.00pm : Melawat Kedai Sport Rims (Klang)
7.30pm – 11.30pm : TT di RASTA TAMAN TUN DR ISMAIL

Jika anda bukan ahli ProCC dan ingin mendaftar sebagai ahli, kami juga ada buka pendaftaran disana. Mari join konvoi terpanjang yang akan merentasi Lebuhraya Persekutuan pada tahun ini bersama ProCC. Disamping berkenal-kenalan dengan ahli PCI dari Indonesia.

Jumpa anda disana!
salam
Admin Proton Club malaysia