ProCC Sunday Drive & BBQ 2011

Ulu Yam - 27 Februari 2011, D'Tepian menjadi destinasi pilihan pertama Proton Club Malaysia (ProCC) sebagai aktiviti rasmi pertama pada tahun ini. Sunday Drive & BBQ bersama ProCC adalah acara rasmi yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli ProCC. Acara dimulakan pada awal pagi sekitar jam 8.00pagi, para ahli telah berkumpul beramai-ramai di Stesyen Minyak Shell Gombak. Setelah menantikan lebih 40 kereta, Konvoi mula bertolak dari stesyen tersebut menuju ke D'tepian Ulu Yam dengan merentasi daerah Gombak-Batu Caves.
Konvoi mengambil masa lebih kurang 1 Jam untuk sampai ke lokasi yang dituju. Perjalanan konvoi 'Sunday Drive' telah menguji para peserta konvoi dan marshal yang bertugas. Banyak rintangan dilalui terutamanya terpaksa menaiki bukit tinggi dan terdapat banyak lampu trafik. Konvoi yang melalui perkampungan di gombak ini memberika satu pengalaman berharga buat kami peserta konvoi. Terdapat juga ahli yang melambai-lambai ke arah penduduk kampung setempat yang memerhati disamping melambai ke arah peserta konvoi.
Konvoi sampai di lokasi D'Tepian Resort lebih kurang jam 10.00pagi. Para peserta konvoi berkumpul untuk membuat pendaftaran dan seterusnya membantu membuat persediaan BBQ. Ada juga peserta yang tidak tertahan lagi untuk menikmati kesejukan air terjun. Setelah penat membuat persediaan BBQ, mulalah acara memanggang Ayam, Udang, Sotong, Daging Kambing, dan banyak lagi. Sebahagian bahan BBQ dan makanan telah ditaja oleh ProCC.
Sambil menyiapkan santapan BBQ, sebahagian ahli telah bersiap sedia untuk bersuai kenal. Setelah siap BBQ, semua ahli ProCC menikmati masakan BBQ yang telah disediakan. Sungguh sedap BBQ berperencah yang telah dibuat oleh saudara Nomend sekeluarga sehingga menjilat jari dan tidak mencukupi.
Setelah selesai makan, para ahli telah disiapkan dengan sebuah acara menarik iaitu 'Team Building' yang di kendalikan oleh Presiden ProCC iaitu Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali. Terdapat 5 permainan yang diberikan, iaitu mereka koncep tema kumpulan, mereka logo kumpulan, lagu dan sorakan kumpulan, pulau impian, dan membina menara menggunakan belon. Disamping para ahli menyertai kempen bina semangat ini, mereka telah didedahkan dengan satu semangat berkumpulan dan bekerjasama diantara ahli kumpulan. Mereka juga telah dapat mengenali antara satu dengan lain dengan lebih rapat lagi.Kalah menang belakang kira, janji semua gembira dan semua dapat hadiah.
Acara berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang dan ahli. Kemudian diteruskan dengan sessi bergambar kenangan dan saling bersalam-salaman antara ahli. Semoga pengalaman menarik ini dapat dikongsi dengan semua rakan ProCC dan juga sanak saudara yang tidak dapat mengikuti acara ini. Acara selesai kira-kira jam 5.00ptg dan marshal menyusun kereta untuk pulang ke ibu kota.









0 comments:
Post a Comment