Anak Dagang Johan Piala Proton Club 2011

Shah Alam - 2 April 2011, Sekali lagi pada Proton Club Malaysia (ProCC) telah berjaya menganjurkan "Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Proton Club Malaysia 2011". Pertandingan kali ini telah disertai oleh 15 pasukan iaitu Proton Club Malaysia (A), Proton Club Malaysia (B), Prestige ST (A), Prestige ST (B), Besi (A), Besi (B), Anak Dagang, Prosboc, Gagasan FC, Satria Neo Club, Exora Owner Club Malaysia, Black Dragon FC, Fauber Cheetah FC, MyManUtd FC,dan Weng Weng FC.
Pertandingan telah diadakan di Padang Proton Shah Alam seawal 8.30pagi, semua pasukan berkumpul awal untuk sessi pendaftaran dan sessi memanas badan. Kedua-dua padang Proton dibuka untuk pertandingan pada hari tersebut. Urusetia pertandingan turut dibantu oleh pelajar-pelajar kursus Sukan dari UiTM. Pertandingan telah menyaksikan beberapa pasukan baru berjaya mara ke pusingan ke-dua.
Pertandingan menyaksikan 4 pasukan telah berjaya mara ke pusingan separuh akhir kira-kira jam 2.00ptg. Pasukan tersebut adalah, Prestige ST (B), Prosboc, Anak Dagang dan MyManUtd FC. Akhirnya setelah berhempas-pulas, Prestige ST (B) dan Anak Dagang telah berjaya berjumpa di akhir manakala Prosboc dan MyManUtd FC bertanding untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4.
Perlawanan diantara Prestige ST (B) dan Anak Dagang berkesudahan dengan 0-0, dan berakhir dengan Anak Dagang berjaya menundukkan Prestige St (B) dengan kemenangan penalti (1-0).
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Proton Club Malaysia 2011 ini berakhir kira-kira jam 4.30ptg dengan sessi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penyampaian sijil kepada pelajar UiTM yang telah sudi menjadi urusetia pertandingan. Tahniah kepada para pemenang, dimana Anak Dagang menjadi Johan, Naib Johan dimenangi oleh Prestige ST (B), Tempat ke-3 dimenangi oleh MyManUtd FC dan Tempat ke-4 dimenangi oleh Prosboc.









0 comments:
Post a Comment