ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Tuesday, March 1, 2011

AGM PERAMAH 2011

AGM PERAMAH 2011


Dato/Datin/Tuan/Puan

Ahli-ahli Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang,

Perkara: Notis Mesyuarat Agung Kali Ke Enam

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada tuan / puan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang kali Ke Enam akan diadakan pada 05 hb. Mac hari Sabtu, jam 2.30 Petang bertempat di Dewan Serbaguna, Taman Setia Jasa, Batu 6 Jln Maran, Temerloh.

2. Tuan dijemput hadir kemesyuarat tersebut diatas. Agenda mesyuarat
seperti berikut:

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Yang Ke Lima.

2.2 Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan Bagi Tahun 2010.
2.3 Pembentangan Laporan Kewangan Bagi Tahun 2010.
2.4 Membahaskan Usul-usul dari ahli-ahli persatuan.


Adalah dengan ini tuan / puan di minta hadir bagi menunaikan tanggungjawab
mengikut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan.

Ahli yang mempunyai usul yang ingin di bahaskan di dalam mesyuarat perlu menyampaikan usul tersebut dalam bentuk surat atau email kepada Setiausaha seperti alamat yang tertera di atas sebelum 4 hb Mac 2011.

Ahli-ahli yang belum menjelaskan yuran tahunan bagi tahun 2011 dan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli persatuan boleh menjelaskan sebelum mesyuarat bermula.

Sekian, Terima Kasih.


Yang Menjalankan Tugas

Mohamad Norzam Bin Abas
Setiausaha
Persatuan Radio Amatur Negeri Pahanga