ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Monday, January 10, 2011

PENGUMUMAN PENTING: PEMBUBARAN PROCC MOTORSPORT

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia 1ProCC,

Merujuk kepada perkara diatas, setelah mesyuarat bersama AJK-AJK ProCC pada tarikh 9 Januari 2011 (Ahad), Dengan ini untuk tidak menyulitkan mana-mana pihak atau penindanan nama ProCC, Kami sebulat suara memutuskan ProCC Motorsport dibubarkan dengan rasminya selepas AGM Proton Club Malaysia berlangsung pada 28 Januari 2011 ini.

Ini bermakna pada 1 Februari 2011, ProCC Motorsport 100% akan ditutup dan akan digantikan dengan Proton Club Malaysia. Kita kini telah menaungan dibawah Proton Holding dan disebabkan itu kita perlu didaftarkan dibawah ROS. Oleh yang demikian, Proton Club Malaysia adalah satu entiti baru yang ditubuhkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Dibawah entiti baru yang dinamakan Kelab Proton Malaysia (Proton Club Malaysia), kita hendaklah mengikut peraturan-peraturan baru dan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh ROS.

Oleh itu, ROS meminta semua ahli yang masih ingin terus menjadi ahli hendaklah mendaftar dengan bayaran penyertaan dan yuran tahunan.

Buat masa ini, Bayaran yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Proton Club Malaysia adalah:

Yuran Penyertaan: RM20
Yuran Tahunan: RM10

Bayaran ini akan berkuat kuasa sebelum AGM, jika di AGM nanti terdapat usul untuk menaikkan kadar yuran penyertaan dan yuran tahunan, ahli yang belum mendaftar perlu mengikut yuran baru yang ditetapkan. Mengikut suara AGM (Suara ramai).

Jadi, kami gesa pada semua ahli yang tidak mahu beban dengan kos kenaikkan, hadirlah pada AGM 2011 yang akan berlangsung pada 28 Januari 2011(Jumaat), di Auditorium Proton COE, Kesas Highway, pada jam 8.30pagi.

--------------------------------------------------------------------

Kepada yang tak berkesempatan hadir pada AGM atau berada diluar Lembah Klang, anda bolehlah muat turun borang didalam laman web ini pada 1 Februari 2011 dan bolehlah bank in yuran penyertaan dan yuran tahunan kedalam akaun Proton Club Malaysia.

ProCC Cawangan Negeri juga akan membuka kuanter-kuanter pendaftaran dinegeri masing-masing setelah AGM 2011.

Ingat, anda yang menyertai Proton Club Malaysia dengan membayar yuran penyertaan dan yuran tahunan... ANDA LAYAK MENGUNDI!

kepada yang tidak membayar yuran tahunan pada tahunan seterusnya, status keahlian anda dibekukan sehingga anda membayar yuran dan segala kelebihan keahlian tidak boleh dituntut.

-----------------------------------------------------------------

Setiap Penyertaan RM20, Anda akan mendapat:
1. Sijil Rasmi Proton Club Malaysia
2. Kad Keahlian ProCC (Touch N Go)
3. Pelekat Logo
4. Pelekat Cermin (Road Tax)
5. Reset Penyertaan
6. tesmasuk Kos penghantaran (Sampul surat besar, setem)

Yuran tahunan RM10:
1. Akan dikumpul dan diagihkan kepada negeri dan team (mengikut budget)
2. Digunakan untuk apa jua acara diuruskan oleh ProCC
3. Salurkan kepada tabung kebajikan
4. pembayaran sewa hosting dan domain laman web
5. pembayaran elaun kepada AJK
6. pembayaran sewa pejabat dan kelengkapan pejabat bulanan (jika ada kelak)
7. Jamuan/Makanan untuk AGM akan datang.
8. Apa jua kos-kos terselindung.


semoga untuk menaikkan lagi nama ProCC, kita semua perlu berkorban dan sampai masanya kita nak cari ahli yang juga sanggup keluar sedikit wang setiap tahun untuk sama-sama menaikkan nama ProCC. Kalau ikut saya, saya pun tak nak register ROS. Tapi bila kita fikirkan balik, ini untuk kebaikkan kelab dan kita dah dapat pun nama PROTON CLUB MALAYSIA. Bukan mudah nak dapat nama tu. saya turun naik pejabat ROS nak yakin kan datuk-datuk kat atas sana. kerana kita dah dibawah naungan Proton dan kita inginkan ProCC terus maju kehadapan walaupun saya tidak lagi jadi Presiden untuk masa mendatang. Saya rela berkorban dan insyallah setelah register ROS ni kita yakin suara kita kuat dan kita juga boleh dapat banyak peruntukan dan sumbangan.

Kepada ahli lama yang tidak berpuas hati atau terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Mohd Hifni ditalian 012-9101058

Assalammualaikum.