ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Friday, December 31, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Proton Malaysia 2011

Kelab Proton Malaysia (Proton Club Malaysia) atau ProCC secara rasminya akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2011 pada;

Tarikh: 28 Januari 2011

Hari: Jumaat
Masa: 8.30pagi - 12.30tgh
Tempat: Dewan Auditorium Proton COE
Pakaian: Baju Rasmi ProCC/T-Shirt Rasmi/Baju Kemeja Putih

Semua ahli ProCC lama/baru atau yang ingin menjadi ahli ProCC bolehlah hadir untuk mendaftar keahlian Proton Club Malaysia. Bayaran yuran penyertaan RM20 dan yuran tahunan RM10.


Agenda:

- Pendaftaran Kehadiran
- Pendaftaran Keahlian
- Jamuan Sarapan pagi
- AGM Bermula
- Makan Tengahari
- Konvoi ke Solat Jumaat

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Hifni 012-9101058, Nomend 019-3037310, Fida 012-2404996


segala usul untuk AGM bolehlah diemail kepada
admin@protonclub.com (Tarikh akhir usul pada 15 Januari 2011)

sila nyatakan kehadiran anda diruangan event:
www.protonclub.com/portal/index.php?opti...tid=52&Itemid=98