ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Wednesday, November 10, 2010

TEMPAHAN INSPIRA CECAH 1800 !!!

WAW!!! itulah yang dapat saya katakan…walaupun model ini belum dilancarkan sepenuhnya tempahan sudah mencecah 1800 unit…… sesuatu yang membanggakan… dilancarkan hari ini 10 November 2010

Proton Inspira mencipta rekod tersendiri bagi Proton apabila model yang menerima kritikan keras sebelum ini berjaya mencatatkan tempahan sebanyak 1,800 unit sehingga kelmarin, sejak pra-pelancarannya pada 14 Oktober lepas. Kritikan terhadap Proton Inspira disebabkan model itu bukan hasil pembangunan R & D Proton 100 peratus, sebaliknya adalah model kerjasama @ rebadge dari model Mitsubishi, Mitsubishi Lancer. Selepas pelancaran hari ini, tempahan terhadap Inspira dijangka akan bertambah.

Petikan dari Berita Harian Online, 10 November 2010 :-

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sehingga semalam, model dita-warkan dengan tiga versi iaitu 1.8 liter dengan transmisi manual lima kelajuan; 1.8 liter dengan transmisi CVT; dan 2.0 liter dengan transmisi CVT itu, sudah mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan 1,800 unit sejak ia dibuka pada 14 Oktober lalu. “Sambutan terhadap Inspira melampaui jangkaan dan amat memberangsangkan. Ini adalah petanda baik menjelang pelancaran rasminya esok (hari ini).

“PROTON yakin dapat memenuhi semua tempahan dan pada masa sama komited mengurangkan jangka masa menunggu bagi model itu,” katanya selepas sesi pandu uji eksklusif model berkenaan bersama Berita Harian di Putrajaya semalam. Sesi pandu uji model yang ditawarkan dengan harga permulaan RM79,888 seunit itu, turut disertai tiga jurutera yang terbabit dalam program pembangunan Inspira, Pengurus Projeknya, Zulkiflee Bidin; Pengurus Ujian Kenderaan, Abdul Wahab Long; dan Jurutera Pemanduan dan Pengendalian, Mohamad Sharafuddin Salleh.

Syed Zainal berkata, meskipun Inspira dibangunkan hasil kerjasama PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC), ia tidak bermakna PROTON hanya membuat salinan dengan menukarkan logo dan tanda jenamanya semata-mata. “Proton Inspira hasil usaha sama antara dua syarikat pembuat kereta iaitu PROTON dan MMC.

“Menerusinya, PROTON melakukan usaha penambahbaikan terhadap model asal bagi memberikan nilai tambah kepada pemiliknya. “Paling ketara adalah penambahbaikan penalaan pemanduan dan pengendalian menerusi sentuhan Lotus, sekali gus meningkatkan prestasi model asal dari segi teknologi dan kebolehannya,” katanya sambil menambah kandungan tempatan Inspira akan ditingkatkan secara berperingkat sehingga 40 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, berkata model yang dimulakan pemasangannya di Shah Alam pada 28 Oktober lalu itu, dilihat berada dalam landasan terbaik untuk di eksport ke luar negara. “Mengikut perjanjian dengan MMC, Inspira hanya dikeluarkan untuk pasaran tempatan, namun PROTON akan berunding dengan MMC bagi tujuan eksport dan kalau tidak wujud percanggahan kepentingan, Inspira berkemungkinan boleh dieksport,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online dan Arena Kereta