ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Sunday, July 18, 2010

Jemputan Ke Program Pengumpulan Kelab-Kelab Permotoran

Salam semua warga Procc SeMalaysia & Procc Pahang..Majlis Belia Pahang & anjuran bersama Majlis Perbandaran Kuantan dengan kerjasama seluruh Kelab Permotoran menjemput kita semua ke Program Pengumpulan Kelab-Kelab Permotoran sempena Program Santai Hujung Minggu..Detail program seperti berikut :-

Nama Program :- Pengumpulan Kelab-Kelab Permotoran Sempena Program Santai Hujung Minggu
Tempat : TI Lane (Dataran Kuantan Plaza)
tarikh : 24 julai 2010 ( sabtu )
Masa : 8.00pagi hingga 12.00 malam
Anjuran : Majlis Belia Pahang & anjuran bersama Majlis Perbandaran Kuantan dengan kerjasama seluruh Kelab Permotoran

Antara acara dijalankan :- 1) Karaoke 2)Street Soccer 3) Cabutan Bertuah 4) Gerai Jualan 5) Promosi 6) Display Kereta & Motor 7) Pertandingan Motor Lambat

Semua acara tersebut tidak dikenakan bayaran...Kita dijemput untuk join bersama untuk santai santai & berkenalan & mengeratakan silaturahaim sesamer kelab lain serta memeriahkan program tersebut...sekiranya ada wakil dari kite hendak join acara display kereta boleh maklum segera untuk kite maklumkan pada setiusaha program...untuk acara display kereta bukan pertanding ianya hanya display untuk tontonan umum....Sekiranya ada nak pamerkan ICE kereta ahli pom boleh masok dalam acara ini......

so macamana rakan rakan berdekatan...ada yang free untuk turun bersama pada program tersebut..seliramya ada saya diminta meng emailkan logo kita untuk di letakkan dalam flyers atau banner mereka...moh kiter bincang bersama....