ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Sunday, July 25, 2010

Hamfest 2010



Kenyataan Akhbar 13/07/10

HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Laman Facebook: www.facebook.com/hamfest.my

Penganjur : 9W2FYI(GOD) - Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Penasihat : 9M2YRS - (Pak Yob) ABD RASID AHMAD SIDEK

: 9M2NM - Nordin Abu Mangsor - 0129455180
: 9M2RS - Hj. Rashid Sultan - 0193362595

Urusetia : 9W2XLT - LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )
9W2OOS - Sallehudin Hashim (0162188393)
9WJQQ - Pak Razif (0176517800)
9W2SFU - (SIFU) Amiruddin Fansari (0173019123)
9W2LST - Azle (0126649857)
9W2BCT - Aswadi (0163111528)
9W2NZS - Nazri (0173312017)

ATURCARA HF2010

Hari #1 (Jumaat) 30hb Julai 2010

Jam 10.00 pagi - 10 malam

1. Gerai pameran Lokasi A (Kawasan Air Pancut)

- Pameran Hamfest 2010

- Pameran Radio Interaktif dari Bahagian Teknologi Pendidikan Kem.Pendidikan

2. Pembukaan pameran Tactical Radio – Lokasi B (di padang perkhemahan hutan Eko Rimba).

3. Aktiviti Skill Station kendalian Unit CORE Bulan Sabit Merah Malaysia Lokasi B (di padang perkhemahan hutan Eko Rimba.)

3.00 petang

1. Ketibaan tetamu kehormat untuk majlis pelancaran Hamfest 2010

4.00 petang

1. Majlis perasmian pelancaran Hamfest 2010

8.00 malam

Lokasi C - Mega View

1. Aktiviti DXing HF

2. Aktiviti QSO Hamfest 2010 2 meter net

3. Class RAE (Radio Amateur Examination)

10.00 mlm. TAMAT

-----------------------------------------------------

Hari #2 – (Sabtu) 31hb. Julai

Jam 10.0 pagi 10.00 mlm

1. Gerai pameran Lokasi A (Kawasan Air Pancut)

- Pameran Hamfest 2010

- Pameran Radio Interaktif dari Bahagian Teknologi Pendidikan Kem.Pendidikan

2. Pembukaan pameran Tactical Radio Lokasi B (di padang perkhemahan hutan Eko Rimba).

3. Aktiviti Skill Station kendalian Unit CORE Bulan Sabit Merah Malaysia – Lokasi B ( di padang perkhemahan hutan Eko Rimba.)

Lokasi C Mega view

10:00 – 10:30 pagi : Sesi penerangan MCMC

10:30 – 11:00 : Sesi penerangan SIRIM

11:00 – 11:30: Sesi penerangan MKN (Majlis Keselamatan Negara)

11:30 – 12:00 : Sesi dialog bersama – MCMC / SIRIM / MKN

2:00 – 2:45 : Penerangan – “HF Principle” – KDR (R) Wan Zulkifli Wan Hassan

3:00 – 3:45 : Sesi penerangan dari Presiden ASTRA - "Prasarana Transnasional Link" - ABD RAHIM B ABD RAHMAN - 9M2RR

4:00 – 4:45 : Santai bersama Ham Veteran – 9M2FK & 9M2GJ

5:00 – 6:00 : QSO bersama Selebriti

8.00 malam

Lokasi C Mega View

1. Aktiviti DXing HF

2. Aktiviti QSO Hamfest 2010 2 meter net

3. Class RAE (Radio Amateur Examination)

10.00 malam TAMAT

-----------------------------------------------

Hari # 3 – (Ahad) 1hb Ogos 2010

Jam 10.00pagi 6.00 petang

1. Pembukaan gerai pameran Hamfest – Lokasi A ( kawasan Air Pancut).

2. Pembukaan pameran Tactical Radio - Lokasi B (di padang perkhemahan hutan Eko Rimba).

3. Aktiviti Skill Station kendalian Unit CORE Bulan Sabit Merah Malaysia – Lokasi B (di padang perkemahan hutan Eko Rimba)

Lokasi C Mega view

10:00 - 11:30 : Sesi Penerangan dari pengeluar peralatan radio komunikasi:
- Yaesu, Kenwood, Motorola

10:30 – 11:00 : Penerangan – Teknik Mencari & Menyelamat (Unit CORE BSMM) – Lt. (B) . Khairul Anuar

11:00 – 12:00 : Sesi penerangan peranan Bulan Sabit Merah Malaysia

1:00 – 3:00pm : Acara mencipta rekod – “1,000 HAM Satu Lokasi”

4:00 : Majlis penyampaian hadiah dan upacara penutup HAMFEST 2010

6:00 : TAMAT