ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Thursday, January 14, 2010

Pertandingan Autoshow Ampang Jaya: Anjuran ProCC & MPAJ





Tarikh: 19 Julai 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.30am - 4.30pm
Tempat: Jalan Besar Berhadapan Balai Bomba Pandan Indah
Bayaran Penyertaan: RM30/satu penyertaan

Kategori dipertandingkan:
1. Proton - Standard Modification
2. Perodua - Standard Modification
3. Proton - Extreme
4. Perodua - Extreme
5. Jenis kereta terbuka- Standard Modification

Kami menjemput ahli ProCC untuk hadir beramai-ramai dan kami juga mengalu-alukan konvoi dari berbagai kelab motorsport untuk hadir memeriahkan Autoshow ini.

.: Download flyer (right click, save as target)


PERTANDINGAN AUTOSHOW AMPANG JAYA 2009


Tarikh : 19hb JULAI 2009
Hari : Ahad
Kategori : Amatur

Tentatif program:
9.00 – 11.00am : Pendaftaran
11.00 – 11.15am : Taklimat daripada juri
11.15 – 12.00noon : Persediaan kenderaan
12.00 – 3.00pm : Penjurian
4.00pm : Keputusan

1. AMATUR – antara kategori yang dipertandingkan ialah:
a) Proton
b) Perodua
b) Terbuka (pelbagai jenama motokar)

Kenderaan yg layak menyertai kategori ini ialah:
1. Kenderaan yang diubahsuai secara RINGAN, dan BUKAN diubahsuai untuk tujuan Autoshow,
2. Mempunyai cukai jalan yang SAH,
3. TIADA penggunaan bodykit custom (tempah khas) untuk panel utama kenderaan,
4. Tiada pengubahsuaian melampau (extreme) yang meliputi membalut semua interior dengan kulit/tan/pvc dan ubahsuai melampau pada bahagian enjin,
5. Penggunaan pelekat (decals) yg meliputi sebahagian kecil bodyshell kenderaan DIBENARKAN,
6. TIADA lakaran air-brush pada bodyshell kenderaan (lakaran kecil max. 30cm x 30cm dibenarkan)
7. Penggunaan lips hadapan, side skirt, lips belakang dan spoiler fiber/PU/custom DIBENARKAN,
8. Lakaran air-brush pada bahagian dalaman atau engine-bay DIBENARKAN,
9. Penggunaan warna fancy DIBENARKAN,
10. Penggunan bodypart JDM (Japan Domestic Model) DIBENARKAN, dan
11. Penggunaan enjin selain daripada enjin asal DIBENARKAN.






Tarikh : 19hb JULAI 2009
Hari : Ahad
Kategori : Extreme

Tentatif program:
9.00 – 11.00am : Pendaftaran
11.00 – 11.15am : Taklimat daripada juri
11.15 – 12.00noon : Persediaan kenderaan
12.00 – 3.00pm : Penjurian
4.00pm : Keputusan

2. Extreme – antara kategori yang dipertandingkan ialah:
a) Proton
b) Perodua

Kenderaan yang layak menyertai kategori ini ialah:
1. Kenderaan yang telah diubahsuai secara MENYELURUH,
2. Mempunyai cukai jalan yang SAH,
3. Diubahsuai untuk tujuan Autoshow,
4. Penggunaan bodykit custom atau body panel custom DIBENARKAN,
5. Penggunaan pelekat (decals) pada sebahagian besar bodyshell kenderaan DIBENARKAN,
6. Lakaran air-brush pada bodyshell, dalaman dan engine-bay kenderaan DIBENARKAN, dan
7. Penggunaan enjin selain daripada enjin asal DIBENARKAN.