ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Thursday, January 14, 2010

1st Family Day Procc Pahang 2009 1hb 11 2009






Procc Negeri Pahang akan menganjurkan Hari Bersama Keluarga buat pertama kalinya

Tarikh : 1 November 2009 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Pantai Peranginan Balok,Kuantan
Bayaran : RM15.00 seorang/dewasa

Aktiviti :

- Mini Treasure Hunt (5 orang sekumpulan)
- Pertandingan Bola Tampar Pantai (5 orang sekumpulan)
- Sukaneka Pantai (akan di update nanti)
- BBQ dan suai kenal

Semua ahli procc bersama keluarga di jemput hadir untuk memeriahkan suasana.Sila daftar jika ingin turut serta

Nama/Nick :
No Tel :
Tetamu (dewasa) :
1.............. (Status : suami/isteri/adik beradik/ibu bapa/saudara terdekat/kawan/jiran)
2.............. (Status : suami/isteri/adik beradik/ibu bapa/saudara terdekat/kawan/jiran)
3.............. (Status : suami/isteri/adik beradik/ibu bapa/saudara terdekat/kawan/jiran)

Bayaran : RM
Ucapan :

Sila buat bayaran terus kepada AJK terdekat untuk urusan persiapan aktiviti

Update Mini Games untuk sukaneka...pendaftaran pada hari kejadian...

Treasure Hunt Pantai
- 5 orang sekumpulan
- mengandungi 10 check point
- Limit kepada 5 kumpulan sahaja

Bola Tampar Pantai
- terbuka kepada semua lapisan umur
- 5 orang sekumpulan
- permainan kalah mati
- kumpulan takde limit


Sukaneka Pantai
- sukaneka untuk kanak2,pasangan suami isteri dan individu
- sila daftar sukan yang ingin turut serta semasa sesi pendaftaran
- bole masuk semua sukaneka yang ada

Pertandingan makan
- rahsia
- hadih lumayan

Meneka biji buah labu
- 50 sen dikenakan untuk setiap tekaan
- hadiah cukup lumayan

pelbagai acara lagi yang bakal berlansung