ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Sunday, February 3, 2008

Procc Pahang vs V-sixers Club @ Kemaman








Kemaman , 12 Januari 2008
Kemaman,salah satu dari 7 daerah yang terdapat di Terengganu,amat terkenal dengan gerai-gerai jualan makanan hasil laut seperti keropok leko,sata dan otak-otak.Kedudukan Kemaman yang merintasi sempadan Pahang menjadi factor utama aktiviti riadah Procc Pahang bersama salah satu kelab yang tidak asing di Malaysia iaitu Kelab V-Sixers.Keintiman antara kedua-dua kelab ini mencatat sejarah apabila buat pertama kali,konvoi mini menggegarkan bandar Kemaman dijalankan.
Sunday Drive’ merupakan aktiviti yang selalu diadakan oleh kelab-kelab permotoran yang aktif serata Malaysia.Kegiatan bersiar-siar dan melawat tempat2 menarik yang berdekatan,memberi kenangan yang terindah dan tidak dapat dilupakan.Aktiviti ini telah memartabatkan kereta keluaran Proton dan merapatkan lagi ukhwah sesama rakan kelab.
Konvoi bermula dari Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan dan menuju ke Kemaman.Ini merupakan aktiviti percubaan antara kedua-dua kelab sebelum melangkah kearah aktiviti yang lebih mencabar dimasa akan dating.Deruan enjin dan deretan kereta konvoi menarik banyak mata memandang.Konvoi berhenti sebentar di Kuala Kemaman untuk sesi membeli belah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama.

Nasi Kukus berlaukkan Ayam Goreng Rempah menjadi juadah utama peserta konvoi mini ini.Sungguh lazat ditambah pula dengan gurau senda sesame rakan.Aktiviti ini mendapat reaksi positif dari kedua-dua kelab.InsyaAllah,aktiviti begini akan terus dijalankan setiap bulan.

Disediakan Oleh :
DeadpiratePen. Pengurus Procc Pahang