ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Sunday, January 13, 2008

GTK Adventure Story @ Sungai Lembing








Perjalanan dari Kuantan dimeriahkan dengan gelak tawa dan gurau senda melalui perhubunga frekuensi di jaluran VHF.Cuaca panas membakar semangat kami untuk menjayakan acara julong kalinya yang dianjurkan oleh Procc Negeri Pahang.Perjalanan kami mula tertangguh oleh laluan berbatu yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat atau pacuan empat roda.
Walaupun kepenatan,kami berjaya membuktikan bahawa kereta keluaran tempatan memang tahan lasak dan mampu untuk melalui laluan yang sukar.Kami akhirnya membatalakan niat untuk ke Air Terjun Pelangi atas persetujuan bersama.Kami kembali ke Jalan utama dan menuju ke destinasi lain iaitu tempat rekreasi sungai di Jalan Kubor.
Setibanya ke destinasi,kami mengisi perut yang sedang memutar irama keroncong dengan juadah Nasi Goreng Special yang dimasak oleh seorang chef yang agak terkenal dikalangan rakan2 Procc di Kuantan.
Alhamdulillah,memang berselera dan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami.Walaupun sungai agak cetek namun arusnya deras dan jernih.Bermandi manda sambil bergurau senda memang memberi kenangan yang terindah.Oleh kerana banner rasmi Procc Pahang terlupa dibawa,kami mengabadikan kenangan bersama monument yang dibuat sendiri oleh kami
Moga Procc akan terus maju dengan aktiviti yang lebih mencabar dan menyeronokkan.
Selamat tahun baru 2008 dari kami,Procc Motorsport Negeri Pahang
Disediakan Oleh :
Deadpirate
Pen. Pengurus Procc Pahang