ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Saturday, September 8, 2007

REFRESH@ AIR TERJUN PANCING KUANTAN 2007








Alhamdulillah,sekali lagi acara dalam kalender tahunan Procc Pahang berjaya dilaksanakan.Selepas 3 tahun Procc bertapak di bumi Pahang,inilah satu-satunya acara untuk memperingati penat lelah ahli2 lama di Procc Pahang untuk menjadikan Procc sebagai kelab permotoran tersohor di negeri Pahang secara amnya.8 September 2007 (Sabtu) dipilih sebagai hari yang melakar sejarah bagi Procc Pahang.
Acara konvoi dimulai dengan perhimpunan kenderaan ahli2 di ruangan letak kereta sepanjang barisan kedai aksesori di Sungai Isap,Kuantan.Sambutan hangat yang melibatkan lebih dari 20 buah kenderaan pelbagai model benar-benar menggegarkan suasana.

Hutan Lipur Panching/Pandan menjadi destinasi kami.Keindahan alam menghijau dan udara yang nyaman menyambut ketibaan kami.Acara membakar ikan,ayam dan sotong mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli.Keseronokan jelas terpancar di wajah setiap peserta.Menu yang menyelerakan sungguh memikat kalbu.

Terima Kasih diucapkan kepada semua ahli Procc Pahang yang terlibat secara khususnya dan wakil Procc dari HQ dan Terengganu kerana turut serta hadir.Moga acara ini akan terus tercoret di kalender tahunan Procc Negeri Pahang.Nantikan acara lain yang bakal menggegar dari Procc Motorsport Negeri Pahang

Disediakan Oleh : deadpirate