ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Monday, August 20, 2007

KEMBARA MERDEKA NFC BERMOTOR KUALA TAHAN TAMAN NEGARA JERANTUT


Pada 18 Ogos 2007 yang lepas,6 buah kenderaan Marshal Procc Negeri Pahang mendapat jemputan khas sempena Konvoi Kemerdekaan yang diberi nama Kembara Merdeka NFC Bermotor Taman Negara,Pahang.Konvoi yang melibatkan lebih dari 80 buah motor perlbagai model dari ahli-ahli belia PBB (Persatuan Belia Berkat,Maran) dan lebih 20 buah kereta urusetia serta VIP.Antara penganjur utama konvoi ini ialah Kerajaan negeri Pahang,Belia Benci Dadah,Majlis Kecerdasan Kebangsaan (NFC),Rukun Tetangga dan Persatuan Belia Berkat,Maran.

Procc Motorsport Negeri Pahang dipilih berdasarkan pengalaman yang luas dalam pengurusan majlis (event management) dan pengurusan konvoi.Kredibiliti Marshal dari Procc Pahang tidak dapat disangkal dengan kejayaan beberapa slot konvoi edisi gegar sebelum ini.Selain itu,konvoi ini mendapat bantuan logistik dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pelbagai halangan dapat diatasi dengan mudah dengan semangat kerjasama sepasukan.Procc Negeri Pahang mendapat banyak pujian dari pihak urusetia terutama Yang Berhormat wakil rakyat.Penduduk setempat merasa kagum dengan deretan konvoi sepanjang perjalanan dari Maran ke Kuala Tahan.

Kami menginap di Teresek View Motel manakala peserta konvoi menginap di tapak perkhemahan.Keseronokan jelas terpancar di wajah semua yang terlibat.Sehari di Taman Negara memberi seribu kenangan abadi yang tidak dapat dilupakan.Procc Negeri Pahang akan kembali ke Taman Negara.Nantikan Konvoi edisi gegar Taman Negara dari kami di Procc Motorsport Pahang

Marshal Procc Pahang yang terlibat :
- Deadpirate
- Riyad71
- Asri71
- Fendi
- Fadly98
- Racingboy
- Shin Jan
- Azizi

Disediakan Oleh :
Deadpirate
Pen. Pengurus Procc Pahang