ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Tuesday, July 24, 2007

PROCC INTERZONE CHALLENGE PAHANG EDITION 2007




















PROCC INTERZONE CHALLENGE PAHANG EDITION 2007

TARIKH : 15HB JULAI 2007
MASA : 2 PETANG
LOKASI : MEGAMALL, KUANTAN PAHANG
YURAN : RM90 SEPASUKAN (BAJU TAK ADA TAU!)
GAME : 4 GAMES
FORMAT : 3 ORANG SEPASUKAN / ZON
HADIAH : 1 – 3 PIALA, YANG LAIN MEDAL (SEMUA DAPAT)
PROCC INTERZONE CHALLENGE PAHANG EDITION 2007

Alhamdulillah,Kejohanan bowling tahunan Procc Negeri Pahang telah berjalan dengan jayanya.Penglibatan dari pasukan bowling HQ dan Melaka memeriahkan lagi aturcara yang berlansung pada 15 Julai 2007 di Megalane,Berjaya Megamall Kuantan.

Seramai 36 orang ahli procc yang meliputi 12 pasukan turut serta dalam pertandingan ini.Dewan bowling ini riuh rendah dengan aksi dan gurau senda sesama ahli.Keindahan ukhwah yang terjalin memberi seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.Setiap peserta membawa pulan medal dan sijil penyertaan sebagai tanda ingatan

Tahniah dan terima kasih untuk semua.Moga Procc akan terus maju seiring dengan kemajuan negara


KEPUTUSAN RASMI....SILA KLIK KAT LINK DIBAWAH