ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Friday, April 6, 2007

Konvoi Gegar Terengganu 2007







Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan demi menyahut seruan kerajaan agar kita semua melancong di dalam negeri, kami Procc Motorsport Negeri Pahang atau dikenali sebagai ProtonClub.Com (ProCC) telah menganjurkan konvoi besar-besaran ke negeri Terengganu Darul Iman. Konvoi yang diberi nama ‘Konvoi Gegar Terengganu 2007’ telah berlangsung selama 3 hari bermula 2 hingga 4hb Mac 2007. Pada tahun ini negeri Terengganu telah terpilih kerana ia merupakan negeri yang banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah, selain pantainya yang indah.
Perancangan dan persediaan telah kami lakukan 6 bulan lebih awal termasuklah membuat pemilihan tempat penginapan, tempat yang bakal kami lawati, permohonan permit dari PDRM, permohonan perlindungan insuran dan sukaneka yang sesuai.
Angullia Beach House Resort, Marang telah menjadi pilihan kami. Ini berdasarkan harga chalet yang berpatutan, makanan yang disediakan menyelerakan dan paling penting keindahan pantai dan pemandangan yang berhadapan dengan Pulau Kapas. Konvoi kali ini melibatkan 50 buah kereta nasional pelbagai model yang melibatkan seramai 180 orang peserta dari beberapa negeri iaitu Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Pada hari pertama, 2hb Mac 2007, kami telah berkumpul di Taman Bandar, Kuantan. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengurus Procc Motorsport Negeri Pahang, iaitu saudara Achik Isam Bin Alias (Riyad71) kepada semua peserta konvoi. Ini adalah untuk memastikan semua peserta mengikut peraturan berkonvoi dan perjalanan berada didalam keadaan selamat dan teratur tanpa sebarang masalah. Sebelum perjalanan bermula,setiap peserta diberi ‘goodies bag’ dan soalan mencari harta karun. Bacaan doa didahulukan oleh salah seorang ahli kelab Procc Motorsport yang tidak dapat turut serta dalam konvoi ini iaitu saudara Faizal Bin Mustapha Bakri (acaitare). Lebih kurang jam 11.30am kami bergerak dari Taman Bandar. Keadaan panas terik tidak mematahkan semangat Marshall yang bertugas bagi memastikan kenderaan peserta konvoi tidak terputus atau kehilangan arah. Kami berhenti di perkarangan Masjid Geliga, Kemaman sementara menunggu bantuan dari pihak PDRM untuk mengiringi kami melepasi Bandar Kemaman. Lebih kurang jam 4.30 petang kami sampai ke Angullia Beach House Resort dan semua peserta dapatlah berehat di chalet masing-masing sementara menunggu agenda yang dijadualkan pada sebelah malamnya iaitu program kebajikan bersama anak-anak yatim diselenggarakan oleh saudara Asrul Nizam Bin Ahmad (deadpirate).
Lebih kurang jam 8.00 malam, konvoi bertolak ke Asrama Darul Falah, Bukit Payong. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi dan Pengetua Asrama Darul Falah diikuti dengan ucapan dan penerangan ringkas dari Pengurus Procc Motorsport Negeri Pahang dan Presiden Procc Motorsport sendiri iaitu saudara Mohd Hifni Ghazali. Sumbangan ikhlas berbentuk pakaian dan wang tunai hasil sumbangan ikhlas dari ahli–ahli ProCC disampaikan oleh beliau kepada Pengetua Asrama Darul Falah. Makan malam bersama 190 orang anak-anak yatim mengisi slSeawal jam 8 pagi sejurus selepas sarapan, kami berkumpul untuk acara seterusnya iaitu lawatan ke Kilang Noor Arfa Batik yang terletak di kawasan perindustrian Chendering. Di sana kami diberi taklimat ringkas oleh pengurus Noor Arfa Batik. Kami juga ditunjukkan dengan demonstrasi mencanting batik. Menariknya di sini, setelah puas membeli belah di butik, pihak pengurusan Noor Arfa Batik telah berbesar hati untuk memberi sumbangan hadiah berupa cabutan bertuah.
Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan Masjid Terapung. Masjid ini merupakan antara tarikan utama pelancong ke negeri Terengganu. Sambil berehat, kami mengambil kesempatan untuk mengabadikan pemandangan indah di sekitar masjid tersebut. Pihak PDRM dan Marshall dari Procc bersama-sama bertungkus lumus untuk memastikan kelancaran konvoi ketika memasuki Bandar Kuala Terengganu. Deretan kenderaan peserta konvoi memenuhi tempat letak kereta di Dataran Shahbandar yang telah disediakan khas oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Pasar Payang menjadi destinasi kami untuk membeli belah dan makan tengahari disamping bersantai di Dataran Syahbandar. ot terakhir kami di sana sebelum bertolak pulang ke tempat penginapan.
Tepat jam 2.00 petang kami mula bergerak ke Bukit Losong untuk sesi lawatan ke Muzium Negeri Terengganu dimana muzium ini telah diiktiraf sebagai Muzium Terbesar di Malaysia. Walaupun penat, peserta–peserta dan ahli keluarga tetap berusaha meneruskan lawatan ke setiap ruang di dalam muzium tersebut, kerana banyak informasi berguna yang kami boleh perolehi berkaitan negeri Terengganu khasnya , dan Malaysia amnya. Seterusnya kami ke tempat pembuatan dan jualan keropok losong. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli pelbagai jenis keropok dan makanan laut sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Pada sebelah malamnya pula, kami dihidangkan dengan berbagai juadah BBQ yang disediakan oleh pihak chalet.

4hb Mac 2007 bersamaan dengan Hari Pertabalan Sultan Terengganu merupakan hari terakhir dalam aturcara Konvoi Gegar Terengganu 2007. Cuaca cerah dan deruan ombak yang menghempas ke pantai, memberi semangat kepada semua peserta untuk meneruskan acara sukaneka ala explorace . 6 jenis sukaneka mini yang diberi nama ekzos pecah, kipas radiator, bonetku, re-wiring, dyno test dan speaker pecah menjadikan sukaneka bertambah meriah. Setiap acara sukan diselangi dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan tempat yang kami lawati. Penalti pula akan dikenakan kepada peserta sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan dengan tepat. Penalti tersebut dinamakan ‘duck tales’,lipan bara, ganu idols, musang berjanggut, tugu negara dan penyu menangis. Aktiviti sukan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan semangat kerjasama sesama ahli. Penyampaian hadiah untuk cabutan bertuah dan sukaneka telah diadakan sejurus selepas makan tengah hari.
Tepat jam 2 petang, kami meninggalkan perkarangan Angullia Beach House Resort dengan seribu kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Dalam perjalanan pulang ke Kuantan, kami berhenti rehat di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat Kemasik. Sempat juga kami mengambil gambar di kawasan rehat tersebut untuk diabadikan dalam album kenangan. Kami tidak lupa juga untuk singgah ke Kuala Kemaman yang terkenal dengan keropok lekor dan sata untuk kami bawa pulang.

Kesimpulannya, dengan adanya aktiviti seperti ini setiap ahli Procc dapat merapatkan lagi silaturrahim bersama ahli-ahli kelab dan ahli keluarga masing–masing, disamping dapat mengelakkan ahli-ahli dari melakukan gejala-gejala yang tidak sihat. Dengan inisiatif yang ada dalam komuniti ProtonClub, secara terang dan jelas bahawa kami para belia mampu melakukan perkara–perkara yang berfaedah serta dapat merapatkan hubungan dan perpaduan disetiap lapisan masyarakat dan kaum. Aktiviti ini juga dapat menyemai rasa tanggungjawab serta berhati-hati di jalan raya.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Pengurusan Angullia Beach House Resort, Pengurusan Asrama Darul Falah Bukit Payong,Pengurusan Noor Arfa Batik, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Persatuan Bulan Sabit Merah Pahang, NoorZ Maran Enterprise, Presiden Procc Motorsport, AJK–AJK ProCC, Marshall Team HQ dan Pahang, urusetia-urusetia yang terlibat dan orang perseorangan yang terlibat dalam menjayakan program ini.

URUSETIA PROGRAM:
1. Achik Isam Bin Alias – Pengurus
2. Asrul Nizam Bin Ahmad – Pen. Pengurus
3. Mohd Fadhil Bin Zero – Setiausaha
4. Ehsan Noorarishza Bin Abdul Rashid – Ketua Marshall
5. Mohd Nizam Bin Abd Rafar – AJK
6. Norazlan Bin Zulkifli – AJK
7. Saidatul Nurah Bt Mohamed Salleh – AJK
8. Fazlon Anita Bt Samudi – AJK

Untuk maklumat lanjut mengenai Procc Motorsport dan ingin mendaftar sebagai ahli rasmi, sila lawati laman web rasmi kami di http://www.protonclub.com/ atau boleh berhubung terus dengan pengurus-pengurus di setiap negeri.

Pahang : Achik Isam Alias (riyad71) – 019 955 6713
Kuala Lumpur : Mohd Hifni Mohd Ghazali (hifni) – 012 910 1058
Terengganu : (Nobody) – 013 931 7478
Kelantan : Azreen Mohamed Arif (azreen_hc77) – 012 958 9597
Melaka : Mohd Huzaimi Md Den (mohdhuzaimi) – 012 755 3791
Johor : Ezal Shah (e-zals) – 012 795 0741
Pulau Pinang : Nor Akhmal Haszlin Hassim (kuyunkiva) – 012-5638123
Kedah : Mohd Yusri Omar (M.yusri) – 013 430 5654
Negeri Sembilan : Azrul Muhairi Mohd Badri (joe_jawa) – 012 655 0203
Perak : Mohd Nizar Noh Mohd Noh (mongkut) – 019 275 3122

Nantikan gegaran Konvoi Jelajah Kelantan sempena sambutan Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 50 dari kami di Procc Motorsport.