ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Thursday, April 5, 2007

BERKELAH @ AIR TERJUN CHAMANG BENTONG







Pada 1hb April 2006 ProCC Pahang telah menganjurkan satu XTVT Berkelah @ Air Terjun Chamang Bentong Pahang. Air Terjun Chamang ini adalah salah satu dari tempat tarikan pelancung di Pahang dan untuk famili beriadah kerana pemandanganya yang cantik, tertarik dan menarik.Ianya jauh dari kesibukan kota dan sesuai untuk warga kota menenangkan fikiran dan bersantai. XTVT ini telah dibuka kepada semua ahli ProCC Pahang , ahli berbayar ProCC dan tidak berbayar. Sambutan yang di berikan adalah sangat menggalakan dan di luar jangkaan secara kasar keseluruhannya kehadiran adalah 60 orang. Konvoi ke Air Terjun Chamang ini terbahagi kepada dua iaitu konvoi ProCC Pahang dan konvoi ProCC HQ. Konvoi ini kemudianya bergabung di Bandar Bentong dengan diiringi oleh kereta peronda PDRM . Deretan kereta sebanyak 24 biji telah memecah kesunyian bandar Bentong dan konvoi ini telah menjadi tarikan penduduk yang terpegun melihat kedatangan kami ke bandar tersebut. Marshall yang bertugas telah menjalankan tugas dengan sangat baik untuk mengawal deretan konvoi supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Marshall ProCC Pahang di ketuai oleh saudara Deadpirate , Riyad71 , Monstergarrage dan Lizdaf manakala ProCC HQ di ketuai oleh saudara SingleDude @ Maran dan Mongkut. Kereta peronda PDRM telah mengiringi konvoi sehingga ke parking lot Air Terjun Chamang. Setibanya di parking lot kereta telah diaturkan untuk mengelakan kesesakan memandangkan hari tersebut adalah cuti am. Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh saudara Riyad71 selaku penganjur kepada program ini. Selepas itu kesemua ahli telah bergerak menuju ketempat berkelah dan mengambil port masing-masing. ProCC HQ telah mengadakan BBQ dan acara kemuncak kepada program ini ialah sambutan hari ulang tahun anak kepada saudara Enol2711 dengan diraikan oleh ahli-ahli ProCC. Air di Air Terjun Chamang ini adalah tersangatlah sejuknya sehingga menusuk tulang , ahli - ahli tidak melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan dan kenyamanan air terjun tersebut. Port Luck yang dibawa oleh ahli-ahli telah di kongsi bersama dan makanan yang dibawa adalah mencukupi untuk program ini Setelah selesai mandi manda semua ahli telah berkumpul di parking lot semula dimana sessi suaikenal ahli berbayar dan tidak berbayar telah dijalankan oleh Riyad71 dan saudara Maran. Kereta ProCC telah diatur untuk sessi bergambar dengan ahli ProCC dengan memegang banner ProCC Pahang. Selesai bergambar kereta di susun untuk konvoi balik ke Kuala Lumpur , Maran dan Kuantan. Konvoi berpecah di susur keluar ke Kuala Lumpur dan Kuantan. Secara keseluruhan XTVT ini telah berjaya menyatukan ahli-ahli ProCC dari kawasan Kuala Lumpur dengan Pahang . Ribuan terima kasih kepada ahli yang telah menyertai program anjuran ProCC Pahang tidak kesemua berkesempatan untuk berkenalan secara rapat dan mendalam tetapi komitmen yang diberikan adalah sangat dihargai dan di sanjungi. Hidup ProCC