ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Wednesday, April 4, 2007

BBQ NIGHT PROCC PAHANG - PANTAI BALOK KUANTAN




Pada 27hb Ogos 2005 ( Sabtu ) ProCC Pahang telah mengadakan satu majlis BBQ di Pantai Balok Kuantan. Program ini telah diadakan sempena menyambut hari merdeka dan hari keluarga ProCC Pahang. Program ini telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dimana jumlah keseluruhan yang hadir ialah seramai lebih 30 orang.




Kehadiran:




1. Riyad71 + wife + aqeem + sadiq


2. Lizdaf + wife + anak + sedara


3. Deadpirate + Bluerose(non paid)


4. Rosnizan + anak + anak + anak + anak


5. Monstergarrage + wife + anak + sister


6. Plum79 + friend (non paid)


7. Mongkut + adik


8. Artboy + member + member + member + member + member


9. Bad + Sal (non paid)


10 . Nalzam + wife + anak + anak


11. Geng Triple K = 5 members




Majlis telah bermula seawal 5 petang dengan kehadiran ahli. Program dimulakan dengan membakar BBQ yang diketuai oleh saudara Rosnizan dan Lizdaf dan dibantu oleh rakan-rakan sehingga selesai.Menunya adalah ayam , ikan pari , udang dan ikan laut . Tepat pukul 8.30 malam makan malam dihidangkan dan menikmati makanan yang disediakan. Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran saudara Mongkut dari ProCC Lembah Kelang yang berkesempatan hadir dan juga jemputan khas ahli-ahli Kelab Kereta Kuantan (TRIPLE K) yang seramai 5 orang terdiri dari AJK Tertinggi Kelab. Tiada agenda yang spesifik hanya majlis makan malam dan bersuaikenal antara ahli kelab serta kelab triple k . Diharap dimasa - masa yang akan datang program sebegini dapat dijalankan sekerap yang mungkin. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam dan kesemua ahli pulang ke rumah masing-masing