ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Thursday, April 5, 2007

BBQ NIGHT 2006 PROCC PAHANG SUNGAI KARANG DARAT KUANTAN


Alhamdullillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinya ProCC Pahang sekali lagi berjaya menganjurkan XTVT tahunanya iaitu BBQ NIGHT 2006. Tahun ini merupakan kali kedua dianjurkan xtvt seumpamanya. Tahun ini juga telah menampakkan peningkatan penyertaan ahli procc dari Pahang dan HQ didalam menjayakan program ini. Kita amat bertuah kerana saudara Mongkut telah sudi untuk menjadikan rumah beliau sebagai tempat BBQ Night ProCC Pahang. Jutaan terima kasih diucapakan kepada beliau.
Tarikh : 27 May 2006

Tempat : Rumah persinggahan Mongkut di Sg. Karang,Kuantan

Masa : 12 tgh hari hingga malam


Program telah bermula seawal pukul 12 tengahari dimana ahli ProCC Pahang telah berkampung di rumah Mongkut untuk persediaan tempat. Satu team lagi berkumpul di rumah Monstergarrage untuk memasak dan pemyediaan makanan lain. Tepat pada pukul 8.45 pm majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus ProCC Pahang saudara Riyad71. Majlis kemudian di jemput untuk menjamu selera dan di sajikan dengan tayangan VCD Program ProCC Pahang untuk tahun 2005 / 2006. Selepas menjamu selera pihak menganjur telah mengadakan permainan kotak beracun dimana hadiah - hadiah di sponser oleh Shell Bandar Jengka. Cabutan bertuah juga di buat dan hampir keseluruhan yang hadir dapat hamper atau hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Diharap dengan xtvt sebegini tali sillaturahim antara kita dapat dieratkan dan dapat memupuk persahabatan yang kekal abadi. Lebih kurang pukul 11.30 pm majlis bersurai dimana bergambar dengan banner ProCC Pahang telah di buat di hadapan rumah saudara Mongkut. Di harap di tahun-tahun mendatang program sebegini akan mendapat sambutan dan dapat mengumpulkan lebih ramai ahli ProCC untuk menyertainya. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua ahli ProCC Pahang terutama saudara Deadpirate , Lizdaf , Monstergarrage , Rosnizan , Deadmushroom , Asri , Jambu , Are _JA , Watie dan lain - lain yang tak sempat di tulis ini pengorbanan anda semua untuk menjayakan program ini amat tinggi nilainya. Syabazzzzzzzzzz

Kehadiran Ahli ProCC

Deadpirate Bluerose Enol + 2 junior Rose Malau Dassler Rosn izan + 1 dewasa + 6 junior 5zul + 1 dewasa + 1 junior Yus_L5 Riyad71 + 1 dewasa + 1 junior Monster garrage + 1 dewasa Lizdaf + 1 dewasa + 2 junior Erol_sjamm Deadmushroom Fidputra Mongkut Anizar Fishbrain ARE_JA_808 Jambu8353 Radzuan + 1 dewasa + 4 junior Tm + 1 dewasa + 2 junior Din Lawar + 1 dewasa + 4 junior Badarbennie Pok_Leh Othman + 1 dewasa + 1 junior Idas Wira Evo 79