ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Wednesday, April 4, 2007

2nd GATHERING PROCC PAHANG HUTAN LIPUR SUNGAI PANDAN KUANTAN

Saturday, 18-Jun-2005

PROCC Pahang telah menganjurkan gathering kali kedua di Hutan Lipur Sungai Pandan Kuantan pada 18.6.2005. Gathering ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan ahli - ahli berbayar procc pahang dan ahli - ahli tidak berbayar sambil menikmati keindahan hutan simpan serta air terjun yang cantik dan menarik. Program ini dimulakan pukul 1 tengahari dengan semua ahli berkumpul di tempat letak kereta dan kemudian beredar untuk menikmati juadah makan tengahari di gerai makan yang berhampiran dengan hutan lipur itu. Kedatangan adalah terdiri dari ahli berbayar dan tidak berbayar 1. Riyad71 + riyad junior + anak buah 2. Lizdaf + wife + lizdaf junior 3. Deadpirate 4. Plum79 5. Artboy 6. Blue Rose (non paid members) 7. Fadhil (non paid members) 8. Monster Garrage (non paid members) + wife + monster garrage junior 9. Syukri (non paid members) Sesudah menjamu selera maka kesemua ahli menuju ke air terjun dan bermandi manda hingga ke petang Setelah puas mandi manda dan beramah mesra antara ahli maka berakhirlah program ini. Secara am nya program ini telah berjaya menarik ramai non paid member sekali bersama paid members. ProCC Pahang merancang untuk mencari ahli - ahli berbayar ProCC Pahang yang tidak aktif dan berharap ahli - ahli tersebut dapat bersama - sama memeriahkan ProCC Pahang dan menjayakan aktiviti yang bakal di jalankan. Dengan adanya program ini tidak secara lansung ahli tidak berbayar akan diserap menjadi ahli berbayar ProCC. FixHTML