ANTARA WAJAH2 PROCC PAHANG

= AKTIVITI PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC PAHANG )=

SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

Pengumuman Penting Tentang Pendaftaran Keahlian Baru ProCC

Laman web ProCC www.protonclub.com telah dibuka kepada umum. Jadi kini pelayar atau tetamu bolehlah mendaftar dan menggunakan forum ProCC. Anda juga bolehlah muat turun borang rasmi, dan telah berkuat-kuasa undang-undang baru, ahli yang ingin menyertai ProCC wajib berjumpa wakil negeri kami disetiap negeri untuk memohon tanda tangan pencadang dan menyerahkan borang kepada wakil dan AJK kami.

Sunday, February 5, 2012

AGM PROCC 2012

** Ketua Negeri dipohon untuk mengadakan mesyuarat di peringkat negeri dan membincangkan perkara-perkara berikut:
1. Pelantikan Jawatankuasa PROCC Negeri
- Ketua Negeri
- Penolong Ketua Negeri
- Setiausaha
- Bendahari
- AJK Kebajikan
- AJK Program dan Majlis
- AJK Sukan 
- AJK Marshall

2. Memastikan semua ahli Rasmi membayar yuran tahunan 2012 sebanyak RM10.00 sebelum mereka menyertai mesyuarat dan mengemukakan sebarang usul. Bayaran hendaklah diserahkan kepada Bendahari PROCC sebelum mesyuarat Agung Tahunan.

3. Semua Ketua Negeri akan diperuntukkan sebanyak RM100.00 untuk tujuan mengadakan mesyuarat peringkat negeri. Ketua Negeri dipohon untuk menghubungi Tuan Presiden, saudara Mohd Hifni berhubung perkara ini.

4. Usul hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan dan dikembalikan melalui emel kepada Penolong Setiausaha selewat-lewatnya pada 21/2/2012 bagi tujuan penyelarasan.

5. Setiap negeri diminta untuk menghantar wakil sekurang-kurangnya 5 orang bagi menghadiri mesyuarat Agung Tahunan pada 3/3/2012 kelak.



** Semua ahli Rasmi PROCC dijemput hadir. Pastikan anda telah menjelaskan yuran tahun 2012 bagi melayakkan anda masuk ke dewan mesyuarat.

Wednesday, January 4, 2012

Penjelasan Bayaran Yuran Tahunan ProCC Bagi 2012

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia 1ProCC,

Untuk pengetahuan semua, dengan pengistiharan memo ini, Proton Club Malaysia kini telah mula menerima bayaran yuran tahunan bagi tahun 2012 iaitu sebanyak RM10 seorang.

Kepada ahli yang membaca memo ini bolehlah membuat bayaran kepada wakil-wakil/ketuan negeri masing-masing dan pastikan anda akan mendapat resit rasmi atas pembayaran anda itu.

bayaran juga boleh dibuat dengan bank in secara terus ke akaun rasmi Proton Club Malaysia (Maybank: 562852004066) kemudian emailkan slip bukti pembayaran anda kepada: bendahari@protonclub.com dan cc kepada admin@protonclub.com.

tempoh pembayaran yuran tahunan ini paling lewat adalah pada 28 Januari 2012 (pada hari/Tarikh AGM ProCC)

harap yuran ini tidak membebankan para ahli dan sebagai menjana aktiviti ProCC untuk tahun ini.


sekian, terima kasih.

yang menjalankan tugas,

Mohd Hifni
Presiden Proton Club Malaysia.

PROTON MENJEMPUT PROCC KE KILANG PROTON SEKSYEN 26

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia 1ProCC,

Sempena Majlis Perjumpaan Warga Industri Selangor Bersama YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia). Pihak Proton menjemput semua ahli ProCC hadir dan memeriahkan lagi acara ini yang akan diadakan pada;

Hari: Sabtu ini
Tarikh: 7 Januari 2012
Masa: 10.00pagi
Tempat: Kilang Proton Seksyen 26, Shah Alam
Pakaian: Pakaian Rasmi Kelab (Jika tiada yang baru, pakai baju rasmi lama/jika tiada pakai baju T yang melambangkan kelab)
Makan /minum: disediakan oleh pihak Proton
Ahli diminta datang tepat pada masanya kerana ada pendaftaran dan pihak Proton akan beri nombor cabutan bertuah. Jika lambat, meja pendaftaran akan tutup.

cabutan bertuah: terdapat banyak hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah kereta Proton (kereta tidak diberitahu..kejutan)


Kepada semua ahli ProCC, diminta berkumpul seawal 9.30 pagi di Petronas Kesas Highway berhampiran Proton COE.

Kepada semua ahli ProCC yang berminat sila daftar segera diruangan ini, kerana saya terpaksa confirmkan kepada Proton berapa ramai penyertaan dari ProCC sebelum 5 Januari 2012.

Nama:
No. Telefon:
Nama Tetamu 1:
Nama Tetamu 2:
Nama Tetamu 3:
Model Kereta:



sekian info,
Yang menjalankan tugas;

Mohd Hifni
Presiden Proton Club Malaysia (ProCC)

PROTON Car Clubs Gathering (Mega TT)


Event Name:
PROTON Car Club Gathering (Mega TT)
-Brought to you by Vaux RS (in collaboration with VDimension & The 19 USJ Mall)

Time:
30th DEC 2011(Friday, 8pm-12am)

Venue:
USJ 19 Digital Mall (The 19 USJ Mall)

CONFIRMED PROTON Clubs::
1) Proton Club Malaysia (ProCC)
2) Proton Satria GTi (STC)
3) Proton Satria Neo R3
4) Proton Satria Neo CPS (CPS Neoxers)
5) Proton Inspira (PIOC)
6) Proton Saga Iswara (CSI)
7) Proton Satria & Putra (Proton Coupe)
8) Proton Wira (PWOC)
9) Proton Waja (WMC)
10) Proton Perdana (PPC)
11) Proton Persona (TPCC)
12) Proton Savvy (SAVOC)

Special GUEST:
Competition Autoshow Cars by Team Impact Malaysia

Supporting GUEST :
1) Auto Preview
2) Auto District
3) Arah Marti

STARS of the night:
Six GT Models

Supporting Booth:
1) Detail Shine (Car Detailer - Main Sponsor)
2) Dworks (Performance Garage)
3) Proton (Representatives from Centre of Execellence, HICOM)
4) Waxco
5) Works Engineering
6) Zenden
7) Perodua
8) Best Spark Ignition (BSI)
9) G Car Care
10) Tom's Sticker
11) Easy One Stop (ProDubs-Custom Wheels Protector)

Photography Competition:
*To all photographers only*
Upload ALL the pictures on Facebook and get the most 'LIKE' from the BEST picture taken during the event and walk away with the GRAND PRIZE!!

GRAND Prize: Branded Digital Camera x2 (sponsored by The 19 USJ City Mall)

*p/s - Each participating cars will definitely receive a Free Coupon/Voucher (by Detail Shine).


So, what are you waiting for??

Do not hesitate to call/sms/whatsapp me at 017-2903038 for more info.

Hope to see you there. Thx


Facebook Event Page
Zerotohundred Event Page
LowYat.Net Event Page

Tuesday, December 20, 2011

PERTANDINGAN BOWLING PROTON CLUB MALAYSIA 2011




Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,
Untuk pengetahuan semua, Proton Club Malaysia akan mengadakan satu pertandingan bowling sebagai penutup segala acara 2011. Kami menjemput semua ahli untuk menyertai pertandingan bowling ini bukan sahaja untuk bersukan, malah untuk beriadah, dan mengeratkan silaturahim.

Pertandingan akan diadakan pada;


Tarikh: 31 Disember 2011

Hari: Sabtu
Masa: 10.00pagi hingga 5.30ptg
Tempat: Cosmic Bowl, Midvalley City, Megamall (confirm)

Kategori Tertutup ProCC (10.00pagi - 1.00ptg) - untuk ahli ProCC sahaja

(sekurang-kurangnya wajib 2 orang ahli ProCC dalam 1 team)
Yuran penyertaan: RM120 (Satu Team - 3 orang)
anggaran penyertaan 38 team

Hadiah:

Tempat pertama: Wang tunai RM500, hamper, Tropy & sijil
Tempat kedua: wang tunai RM300, hamper, Tropy & sijil
Tempat ketiga: wang tunai RM200, hamper, Tropy & sijil
Tempat ke-4 - ke-10: tropy & hamper
highest man: Tropy & sijil
highest female: Tropy & sijil
juara longkang: tropy
Terdapat hadiah cabutan bertuah kepada peserta
kami galakkan agar procc setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya 1 team wakil.

Kategori Terbuka ProCC (1.30ptg - 5.30ptg) - Terbuka kepada semua kelab kereta

Yuran penyertaan: RM150 (Satu Team - 3 orang)
anggaran penyertaan 30 team

Hadiah:

Tempat pertama: Wang tunai RM700, hamper, Tropy & sijil
Tempat kedua: wang tunai RM500, hamper, Tropy & sijil
Tempat ketiga: wang tunai RM400, hamper, Tropy & sijil
Tempat ke-4 - ke-10: tropy & hamper
highest man: Tropy & sijil
highest female: Tropy & sijil
juara longkang: tropy

**hadiah wang tunai bergantung kepada jumlah penyertaan.
**jika kurang penyertaan daripada ahli ProCC, kita akan buat 1 kategori sahaja (gabungkan terbuka dan tertutup)
**sila daftar penyertaan team anda sebelum 28 Disember 2011


Sebarang pertanyaan dan penyertaan kelab-kelab kereta bolehlah terus hubungi saya Mohd Hifni 012-9101058. penyertaan limited, hubungi segera untuk tempatkan kelab anda untuk menyertai pertandingan ini.


Download Borang penyertaan (kategori terbuka):
www.protonclub.com/borang-pertandingan-bowling-procc-2011.doc

sila daftarkan penyertaan anda disini jika anda adalah ahli ProCC:


Nama Kumpulan:

Nama pemain 1:
Nama pemain 2:
Nama pemain 3:
No. Telefon:

TT DAN TOURNEMENT BOWLING KELAB2 KERETA KUANTAN